Promosi dan single Terlalu Rindu

"Terlalu Rindu" ialah lagu hasil nukilan Eleena sendiri, dikeluarkan sebagai single pertama pada 23 April 2015, ia terpilih sebagai lagu tema drama Alaa Bib.. lakonan Risteena Munim. Dalam temuramah bersama Harian Metro, Eleena tidak terkilan mahupun kecewa apabila ada pihak menganggap lagu "Terlalu Rindu" lebih popular berbanding dirinya, dan juga berkata "Sebagai penyanyi baru, saya sangat gembira apabila lagu "Terlalu Rindu" mendapat tempat di hati peminat selepas setahun diputarkan di corong radio tempatan. Apatah lagi, lagu ini adalah sentuhan dan ciptaan sepenuhnya saya sendiri".[1]